Banyak makna tersirat dalam konteks perkataan ini. Namun, aku masih cuba hadamkan apa yang telah berlaku.
Mutakhir ini, kerap betul orang bercerita tentang kami. Nampaknya cerita kami lebih menarik untuk diceritakan dalam kehidupan mereka. Mungkin juga seronok melihat kemesraan kami di tempat kerja. Cuba memberi tekanan kepada aku. Tapi biasalah, tiada kesan yang dasyat pun hendak aku kisahkan. Tiada kaitan dengan aku pun. Kenapa aku perlu melatah?
Menghadapi rakan sekerja bermuka-muka.
Apa perasaan dia masa tu? Mungkin seronok dapat korek rahsia kononnya sedangkan aku yang sengaja mahu dia bercerita. Ah, dasar lidah bercabang. Apa dikisahkan tentang perasaan orang.
Teruskanlah tugas rutinku.
Aku terus tertawa dengan gembira.
Tanpa aku sedar ada orang yang kecewa.
Kerana tindakannya tidak kesan pada jiwa..


0 comments:
Post a Comment